Sunday, March 23, 2014

Bila peguam Islam membela si pesalah

Soalan:
Saya tahu bahawa menjadi seorang peguam memang mulia di sisi masyarakat kerana dapat membantu orang yang kurang berpengetahuan dan memerlukan pertolongan serta berpendapatan tinggi pula. 
Tetapi bagaimana jika seorang peguam Islam membela pelanggannya yang memang bersalah hanya semata-mata ingin mendapatkan bayaran lumayan? Dalam menjalankan tugasnya peguam tersebut perlu hanya mengajukan soalan dan kenyataan yang bukan-bukan terhadap pihak yang dilawannya. 

Apakah perbuatan ini diterima dalam Islam?

Jawapan:
Perbuatan yang demikian itu berdosa. Peguam yang patuh kepada peraturan dan undang-undang Islam tidak akan bersikap demikian. Hal ini bukan sahaja dalam bidang guaman bahkan dalam bidang lain-lain juga begitu. Dalam bidang perniagaan umpamanya, ada saudara yang jujur dan yang tidak, ada yang baik dan ada yang tidak.

Oleh itu terpulanglah kepada diri masing-masing bagaimana dia menjalankan kerjanya itu. Dalam Islam setiap kerja yang baik dan halal ada peraturan-peraturan moralnya supaya orang yang menjalankannya mendapat keredhaan Allah SWT dan selamat di akhirat.

Wallahu-a'lam.

Sumber:

Buku: Anda Bertanya Saya Menjawab (Kemusykilan Agama)
Syed Abdillah Ahmad Al Jufri
Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura

No comments:

Post a Comment